Pengenalan 

 

NN MAA JID ENTERPRISE (002875918-T) ada sebuah syarikat yang telah diperbadankan pada 8 Ogos 2018 dibawah Akta Pendaftaran Peniagaan 1956. Bersesuaian dengan operasi utama syarikat untuk mengeluar dan membekal produk yang berasaskan perencah makanan, di samping cuba untuk menampilkan produk yang bersesuaian untuk segenap lapisan peringkat umur, maka nama MAA JID belah dipilih sebagai pengenalan kepada nama syarikat ini.

Penubuhan asas Maa Jid adalah untuk mempelbagaikan lagi pilihan yang sedia ada di pasaran, yakni bagi mengeluar dan membekalkan makanan dan minuman yang lebih bermutu kepada semua peringkat masyarakat dan pada waktu yang sama juga ianya mepunyai khasiat-khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Seperti mana yang terdapat di dalam produk utama Maa Jid iaitu kicap dan sos. Khasiat-khasiat kesihatan di dalamnya seperti Kalsium, Vitamin, Mineral dan sebagainya yang menjadi bahan asas kepada kandungan produk ini, telah di akui akan dapat meberi kesan yang baik kepada setiap pelanggan.

Pihak syarikat Maa Jid telah membuat keputusan untuk menceburi bidang pemiagaan berasaskan “KORDIAL” ini setelah kajian dan penganalisaan dibuat terutamanya terhadap aspek penawaran dan permintaan yang luas disekolah, agensi koperasi, industry dan sebagainya dan semestinya juga dengan melihat kelebihan potensi pasaran semasa yang besar serta pasaran hadapan yang masih luas. Untuk maksud ini sebuah kilang berstatus IKS telah dibangunkan yang terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, untuk memenuhi permintaan sedia ada dan berazam akan turut sama menyokong serta membantu usaha-usaha kea rah memajukan Industri IKS di kalangan bumiputera khasnya.

 Visi 

Menceburi Industri makanan yang berasaskan kicap, sos dan kordial untuk pasaran dalam dan luar negara selaras dengan sahutan bagi merealisasikan hasrat kerajaan demi menambahkan lagi penglibatan Bumiputera untuk berdaya saing secara sihat di dalam industri yang berasaskan makanan dan minuman. Jesteru penglibatan kami tidak hanya terhenti sebagai produk sedemikian, pihak kami masih tidak henti-henti membuat R&D pelbagai jenis produk untuk memudahkan pengguna secara bersih dan halal juga merangkumi segala aspek teknologi pemakanan yang seimbang dengan selera pelbagai bangsa.

 Objektif 

  • Memberi perkhidmatan cemerlang yang berterusan serta sebaik yang mungkin dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
  • Mempergiatkan serta memperbagaikan pengeluaran serta aktiviti perniagaan yang berdaya saing untuk pasaran baru di masa hadapan sama ada di dalam negara khususnya atau potensi pasaran di luar negara amnya yang berdasarkan kepada kemampuan dan perancangan syarikat.
  • Untuk mendapatkan keuntungan yang setimpal melalui pengurusan yang efisien, pembekalan barangan yang berkualiti dengan mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang.
  • Menawarkan produk keluaran syarikat yang bermutu tinggi dengan harga yang pepatutan yang mampu dibeli oleh semua peringkat dan golongan lapisan masyarakat.